HASRAT INGIN HAMIL

Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh wanita yang ingin hamil iaitu :

a) Amalan pemakanan yang baik.
b) Pemeriksaan kesihatan & perubatan.
c) Kaunseling genetik.

☆☆ Harus peka melihat waktu subur anda. Jika wanita ingin hamil masa yang paling baik untuk benih disenyawakan ialah sebelum masa telur isteri dikeluarkan. Lima hari sebelum waktu subur adalah disarankan supaya suami isteri melakukan persetubuhan dua kali sehari.


Posted via Blogaway

TIPS PENYUSUAN

Ramai ibu-ibu di luar sana yang menyedari dan menyokong penyusuan susu ibu. Lazimnya ibu-ibu bekerjaya akan risau tentang mampukah atau sempatkah nak kumpul stok EBM yang banyak untuk baby apabila dah mula kerja nanti. Jadi ini saya kongsikan tips-tips yang jika diamalkan sejak dalam pantang lagi, In Sha Allah susu memang meriah dan anda akan berjaya mengumpulkan stok EBM yang banyak buat si manja.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Berfikiran positif dan berazam sejak mengandung lagi yang anda mampu menyusukan bayi anda secara eksklusif.

2. Mesti yakin dan berkeinginan tinggi untuk meyusukan anak

3. Susukan bayi sebaik lahir
●1 jam pertama kelahiran adalah tempoh penting untuk anda ‘direct feed’ bayi anda
●susu awal ibu yang di panggil ‘colostrum’ (cecair pekat kekuningan) mengandungi antibodi yang sangat banyak yang amat diperlukan oleh bayi

 4. Tujuh hari pertama kelahiran hanya ‘direct feed’ bayi anda
●elakkan penggunaan pump dan botol susu kerana boleh menghalang proses penghasilan susu secara semulajadi
●pemberian susu formula dan air kosong dilarang sama sekali
●tempoh ini penting untuk membina hubungan antara ibu dan anak serta untuk melatih ibu mengenali rutin penyusuan anak

5. Pastikan bayi anda disusukan sekerap mungkin (on-demand)
●jangan susukan mengikut jadual
● tapi jika bayi suka tidur, kejutkan 2-3 jam sekali untuk disusukan

6. Jika bayi anda sudah boleh ‘direct feed’ dengan baik dalam tempoh seminggu itu, mulakan sesi pump sebaik memasuki minggu ke-2.
●jika dalam seminggu pertama bayi masih belum belajar ‘direct feed’, pastikan bayi sudah selesa dengan direct feding sebelum mulakan sesi pump. 
●Ini penting supaya proses penghasilan susu secara semulajadi tidak terganggu

7. Bayi kerap sangat menyusu, macam mana saya nak pump? 
Tipsnya mudah saja
●bayi menyusu sebelah kanan, ibu pump sebelah kiri atau sebaliknya (teknik ini dipanggil Tandem Nursing). Dengan Tandem Nursing ini, kedua-dua belah payudara di rangsang serentak dan hasilnya anda akan lihat susu lebih cepat dan banyak terhasil.
●jika bayi menyusu kedua-dua belah, ibu pump lepas bayi habis menyusu hingga breast kosong.
●apabila breast kosong, badan akan mendapat signal untuk percepatkan lagi penghasilan susu

8.Kesilapan yang sering dibuat adalah
●pump bila breast penuh. Itu salah ya.
●pump mesti konsisten ikut jadual anda sendiri
amalan pumping cuma bila breast penuh akan menghantar signal pada otak bahawa bayi tidak perlukan susu yang banyak, dan hasilnya badan kurangkan penghasilan susu

9. Kesilapan lain adalah
●pump bila susu keluar dan berhenti pump bila susu berhenti mengalir. Ini teknik pump yang salah
●pump mesti ikut jadual dan jangan tunggu susu keluar atau breast penuh/bengkakbila susu berhenti mengalir, ibu harus teruskan sesi pump setiap breast hingga 20-30 minit. maknanya sebelah kanan 20-30 minit dan sebelah kiri juga
●walaupun susu hanya keluar 5 minit pertama anda teruskan juga pump kerana ia akan beri signal pada otak bahawa bayi perlukan lebih banyak susu. Hasilnya otak menghantar signal pada badan untuk hasilkan lebih banyak susu

10. Patuhi konsep asas penyusuan Demand & Supplylebih kerap anda ‘direct feed’ dan pump, lebih kerap anda kosongkan breast, lebih cep8at dan banyak susu terhasil. Maka lebih banyak stok EBM anda

11. Minum air kosong minimum 3L sehari kerana air komponen utama susu ibu. Kurang air kuranglah susu

12. Ibu pastikan badan cukup rehat, tidak tertekan dan jangan stress. Minda mesti sentiasa positif dan emosi mesti ceria. Badan yang penat dan tertekan, minda yang negatif dan emosi yang tidak sihat punca utama susu merudum.

13. Ibu mesti jaga pemakanan agar seimbang, kaya dengan semua zat yang diperlukan dan tinggi protein serta kalsium.
●Jangan terlalu diet sebab badan ibu yg kurang zat punca susu merudum
●susu ibu adalah apa yang ibu makan dan kurangnya khasiat dalam pemakanan si ibu maka kuranglah khasiat dalam susu ibu

14. Jangan malas untuk pump. Buat ibu yang bekerja, jangan jadikan tiada masa untuk pump satu alasan. Jika anda malas untuk pump anda boleh lupakan hasrat untuk menyusukan anak dengan susu ibu.

15. Berdoalah kepada Allah mohon dimurahkan rezeki susu untuk anak dan dipermudahkan proses penyusuan. Sentiasa berzikir kepadaNya. Dialah Maha Pemurah dan dialah Maha Pemberi Rezeki.

Buat ibu-ibu yang sukar dan tiada masa untuk pastikan pemakanan anda seimbang atau ibu-ibu yang mahu mempercepat dan banyakkan lagi penghasilan susu ibu, pengambilan supplement Shaklee adalah jawapan tepat untuk anda. Jika diamalkan dengan konsisten sejak awal dan ikut panduan yang diberi In Sha Allah hasil stoknya sangatlah lumayan.


Posted via Blogaway

CANTIK BERSERI WALAUPUN KETIKA HAMIL ATAU SELEPAS KELAHIRAN

Siapa kata ibu hamil tak boleh kelihatan cantik? Ibu dalam pantang pun boleh cantik berseri tau!! Mari saya kongsi rahsianya!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CADANGAN UNTUK IBU YANG INGIN KELIHATAN SIHAT BERTENAGA & CANTIK BERSERI WALAUPUN KETIKA HAMIL ATAU SELEPAS KELAHIRAN

♧ ESP : Membekalkan tenaga kepada ibu sepanjang hari serta membantu masalah gastrik (jika ada). Kekurangan protein juga dikaitkan kecacatan janin semasa semasa ibu hamil. Pengambilan protein yang cukup membantu perkembangan janin dengan baik.

♧ VITA C : Memberikan perlindungan dengan meningkatkan imune badan. Dos yang tinggi diambil sebelum bersalin juga membantu mengurangkan sakit bersalin.

♧ VITALEA : Memberi imbangan nutrient dan tinggi kandungan asid folic

♧ B-COMPLEX : Mengurangkan tanda-tanda stress dan membantu menukar makanan yang dimakan kepada tenaga.

♧ OSTEMATRIX : Sumber kalsium kepada ibu hamil dan menyusu. Membantu melegakan masalah sembelit.

♧ OMEGA GUARD : DHA dari sumber minyak ikan membantu  perkembangan otak janin

♧ ALFALFA : Sebagai penggalak susu (milk booster), memberi kesan detosifikasi kepada sistem pencernaan, mengembalikan sel-sel badan terutama bahagian sulit wanita ke keadaan asal selepas besalin (bertindak seperti kacip fatimah)

♧ GLA COMPLEX : Memberi sensasi hangat kepada badan dan mengembalikan keseimbangan hormon wanita selepas bersalin.


Posted via Blogaway

CADANGAN IBU HAMIL

~ SET IBU HAMIL SIHAT & BERTENAGA~

Ibu hamil perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan vitamin yang mencukupi bagi memastikan badan yang sihat dan kesejahteraan baby didalam kandungan . Keadaan kesihatan ibu yang terganggu boleh memberi kesan sampingan terhadap bayi.

Bagi ibu ibu hamil yang masih tercari cari apakah suplement yang sesuai diambil semasa hamil, Shaklee ada jawapannya..

1. Vita-Lea

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.

2. B-Complex

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4. Ostematrix / Kalsium

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

5. ESP @ Energizing Soy Protein

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.

Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

6.Omega Guard (Start Trimester 2 & 3)

Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.


Posted via Blogaway

TIPS UNTUK MEREKA YANG MERANCANG UNTUK HAMIL


Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeki dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah.

Barangkali TIPS berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:
• Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.

• Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.

• Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.

• Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

• Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

• Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain.

• Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.

• Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!

• Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Posted via Blogaway