KENAPA PERLU BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu.

Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
• bidan kampung;
• pengasuh khusus;
• emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.

Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu seperti:
• Bengkung;
• Berurut;
• Jamu;
• Bertungku;
• Mandi-mandian herba dan akar kayu, serta amalan-amalan lain.

Tidak dinafikan amalan ini memang leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri dalam pantang di abaikan kesannya mungkin tidak berlaku serta merta. Namun apabila kelahiran yg banyak, usia meningkat , daya tenaga semakin menurun , barulah badan terasa dan bisa-bisa urat,sakit badan, sakit pinggang , juga kebas2 tangan mula di rasai.. Jika tidak kena dgn cara berpantang selepas bersalin akan alami:

~ PERUT BUNCIT,PAYUDARA DAN PUNGGUNG KENDUR
~ GANGGUAN KITARAN HAID
~ WAJAH NAMPAK TUA DAN PUCAT SELEPAS BERPANTANG
~ KULIT YANG KUSAM
~ CENGKAMAN BAHGIAN INTIM YG LONGGAR, BERAIR DAN BERBAU
~SAKIT-SAKIT BADAN DAN MUDAH KEPENATAN


Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment