MUNGKIN SAYA IBU YG KEJAM..

Kenapa saya kejam.. Sebabnya..

1) Anak2 sy bergilir setiap malam selepas mkn malam sorg akan basuh pinggan mangkuk periuk kuali, sorg lagi buang sampah kunci pagar.

2) Sy suruh anak2 gaul nasi dgn ikan bg kucing2 kat rumah mkn. Atau bersihkan sangkar. Sy ckp sama2 bela so tak adil kalau mama sorg je yg uruskan kucing.

3) Anak2 basuh kasut sekolah sendiri.

4) Lepas makan basuh endiri, lap dan kemas sendiri kalau tumpah.

5) Kemas bilik, lipat baju, jemur kain baju. Hari minggu dorg basuh sendiri baju sekolah, clorox, nila, jemur.

6) Baju sekolah pun gosok sendiri sejak darjah 4.

7) Nak minum air manis, buat sendiri.

8) Ajar anak2 guna dapur, belajar basic je goreng telur.

9) Petang2 siram pokok.

10) Seminggu sekali sental bilik air.

11) Sy tak pernah rebus air panas utk anak2 mandi pagi pergi sekolah. Mandi je air sejuk. Menangis pun menangis la.

12) Time dorg tak bz akak minta tolong packing magnet. Upahnya duit atau belanja mkn.

KEJAM..? TAPI HASILNYA..

♡ Anak2 dah ada rasa tangungjawab. Dah pandai basuh pinggan sendiri.

♡ Kebetulan friskis kt rumah habis. Kakak ajak pergi kedai runcit beli friskis guna duit tabung dia, dia kata kesian ada kucing kurus dgn anak2 kecik.

♡ Anak yg kecil tu bangun awal hari minggu. Dia dah siap basuh kasut sekolah pukul 8 pagi !!

♡ Suatu hari nmpk si kecil kalut dgn kain, mop, rupanya air dia tumpah dia lap sendiri.

♡ Petang tu cari abang tak jumpa, rupanya kat luar angkat kain baju yg dia punya je, dia longgok kt dpn tv pastu dia lipat sendiri sambil tengok ultraman. Pastu angkut simpan dlm almari dia.

♡ Anak2 dah pandai gosok baju sekolah utk seminggu terus pd hari mggu.

♡ Bukan setakat dah pandai buat air milo, nescafe atau teh, dorg dah pandai buat aiskrim malaysia. Kadang2 perisa tamar cocoa, laici atau jagung. Yg selalu jd kepala si kakak. Tgh2 hari blh plak dorg bancuh teh o ais 1 jag.

♡ Dah pandai goreng telur, dorg minta ajar masak nasi dgn maggie plak..

♡ Anak2 plak yg tanya, mama pokok tu dah siram ke, mama bendi tu dah besar abang petik ye..

♡ Adik blk sekolah bukan main lama dia mandi. Akak bebel mandi lama2 dia kata bukan mandi la basuh bilik air.. Dgn lubang jamban sekali dia sental. Tak geli pun. Putih berkilat.

♡ Skrg nak pegi sekolah pg2 mandi air sejuk. Pukul 6 pagi. Relax je..


Yg kita yg ajar ialah rasa tangungjawab. Rasa berdikari dan tak payah disuruh. Kita nak pupuk rasa sayang anak2 pd persekitaran dia. Anak2 akan buat tanpa kekok kalau dia dah terbiasa. Suatu hari akak panggil anak2, akak ckp " mama minta maaf la kalau mama suruh korg buat byk kerja.. Mama cuma nak korg pandai berdikari kalau suatu hari mama tiba2 dah tak ada lg.. Sekurang2 korg dah pandai hidup sendiri.. Harap2 la kekal perangai dorg ni sampai besar.."

In sha Allah..


0 comments:

Post a Comment