DAUN PEGAGA

Pasti ramai yang tahu 1001 khasiat pada daun pegaga kan? Ini antara resepi untuk ibu berpantang. Selamat mencuba!

~~~~~~~
KERABU PEGAGA
• daun pegaga dihiris
• halia muda dihiris
• kunyit dihiris
• lada hitam
• air asam jawa
• garam

Caranya :
• satukan kesemua bahan
• kemudian gaul sebati

~~~~~~~
AIR PEGAGA
• daun pegaga
• air
• madu

Caranya :
• rebus daun pegaga bersama air dengan api sederhana (sehingga tinggal anggaran 3 cawan)
• tapis & masukkan madu
• setelah suam bolehlah diminum


Posted via Blogaway

ADAT BERPANTANG

Zaman moden sekarang ni ramai yang dah tak amalkan berpantang ni, dah lapuk katanya atau pun dah tak releven katanya. Pendapat peribadi saya, sekarang memang tak nampak kebaikan berpantang tetapi akan dirasai semasa hari tua.

Dari segi perubatan, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma. Anggaran penyembuhan adalah 6minggu.

Dari segi adat masyarakat melayu pula, badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam. Terdapat juga mereka yang mengamalkan berpantang selama 100hari tidak boleh bersama suami.

Berlainan pula dengan ajaran Islam, mengharamkan hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut telah suci dan kering dari darah nifas ( darah yang keluar selepas melahirkan). Tidak meletakkan jangka masa berapa lama harus berpantang.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak.

Love ;


Posted via Blogaway

TIPS KUATKAN RAHIM & ELAK KEGUGURAN


•  Jangan mengangkat barangan berat atau kerja berat.

•  Tidak melakukan aktiviti lasak.

•  Amalkan makanan yg segar & bukan  makanan yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan.

•  Elakkan pemakanan yang bersifat “tajam” dan “sejuk” – termasuk jeruk, asam boi, nenas muda & seangkatan dengannya.

•  Amalkan zikir ini- Al Musowwir.

•  Makan makanan tambahan yg mampu menguatkan otot rahim & penghasilan telur yg sihat.


Posted via Blogaway

GLA COMPLEX BUKAN HANYA UNTUK WANITA


Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, GLA asid linoleik yg sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa & juga selepas menopause (wanita) serta andropause (lelaki).


Posted via Blogaway

PENJAGAAN WAJAH DENGAN NUTRIWHITE

Kulit muka juga memerlukan penjagaan yg betul untuk mendapatkan kulit cantik bukan??

Untuk yang inginkan kulit CERAH boleh menggunakan Set NUTRIWHITE iaitu:
1. Overnight Renewal Whitening Cream
2. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
3. Gentle Deep Foaming Cleanser

TETAPI diingatkan bagi mereka yang berkulit sensitive dan ada masalah yang teruk memang tidak digalakkan ambik Set NUTRIWHITE kerana mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ia sangat tidak sesuai untuk kulit bermasalah.

Yang paling adalah anda perlu mengetahui masalah dan jenis kulit bagi mengelakkan anda memilih produk yang tidak sesuai dengan anda.


Posted via Blogaway