Zaman moden sekarang ni ramai yang dah tak amalkan berpantang ni, dah lapuk katanya atau pun dah tak releven katanya. Pendapat peribadi saya, sekarang memang tak nampak kebaikan berpantang tetapi akan dirasai semasa hari tua.
Dari segi perubatan, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma. Anggaran penyembuhan adalah 6minggu.
Dari segi adat masyarakat melayu pula, badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam. Terdapat juga mereka yang mengamalkan berpantang selama 100hari tidak boleh bersama suami.
Berlainan pula dengan ajaran Islam, mengharamkan hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut telah suci dan kering dari darah nifas ( darah yang keluar selepas melahirkan). Tidak meletakkan jangka masa berapa lama harus berpantang.
Jadi, buatlah pilihan yang bijak.
Love ;
Posted via Blogaway
0 comments:
Post a Comment