MASALAH WANITA SUKAR HAMIL

Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda.

Contohnya, terlalu banyak tekanan, senaman berlebihan, penurunan berat badan dan penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan mengganggu aturan haid. Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula.

Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur.

Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negative, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini:

Anda mungkin mengalami polisistik ovari Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome - PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang.

Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya.

Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil. Jika haid anda tidak tiba, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu, jumpalah doktor. 


Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment