PANTANG LARANG MAKANAN SELEPAS BERSALIN

Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai selepas bersalin?

Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri.

Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalam kuantiti yang sedikit. Namun makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ikan pari atau ikan cencaru tidak sesuai untuk ibu dalam pantang.

Makanan yang sihat adalah makanan kurang minyak dan tidak pedas. Kerana itu biasanya makanan ibu dalam pantang dibakar atau direbus. Amalan dalam pantang bersalin, melarang minum air terlalu banyak dalam satu masa.

Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan ½ ke 1 cawan sekali minum. Minum terlalu banyak sekali minum, terutama minum air sejuk boleh menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit. Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Pengambilan vitamin tambahan membantu anda untuk kembali bertenaga, sihat, cergas dan cantik.


Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment